Dari Kekurangan Modal kepada Bersedia untuk Pensijilan Halal: Perjalanan Sebuah PKS Makanan Beku

Profit Frozen Foodmart Sdn. Bhd. telah beroperasi selama dua tahun. Perniagaan mereka, yang membekalkan daging kambing, ayam, dan lembu sejuk beku kepada pusat perubatan serta peruncit di seluruh Lembah Klang, semakin mendapat sambutan. Ramai pelanggan menjadi pelanggan tetap..Namun, peluang untuk berkembang seakan tiada.
Lebih Banyak Tempahan. Kurang Wang Tunai. Ruang Simpanan Yang Sama.
Puncanya kelihatan mudah, tetapi memberi kesan yang besar: mereka tidak dapat membeli stok yang belum dijual. Pembekal memerlukan bayaran pendahuluan, manakala pelanggan mereka beroperasi dengan tempoh pembayaran antara 30 hingga 60 hari. Setiap tempahan baharu yang diterima sebenarnya menjarakkan lagi jurang aliran tunai, bukannya semakin mengecil.
"Pelanggan suruh saya tunggu sebulan, kadang-kadang dua bulan, baru boleh dapat bayaran. Tapi saya perlu bayar pembekal dahulu. Itulah masalah sebenar kami."
Selain menghdapai tekanan aliran tunai, mereka juga berdepan dengan kekurangan ruang penyimpanan. Bilik sejuk sedia ada yang kecil mengehadkan jumlah stok yang boleh disimpan, sekali gus mengehadkan jumlah jualan yang boleh dicapai. Pada masa yang sama, semakin ramai pesaing memasuki pasaran makanan sejuk beku, menyebabkan mereka perlu menawarkan syarat kredit yang lebih baik untuk menarik dan mengekalkan pelanggan. Namun keadaan itu hanya memburukkan lagi masalah aliran tunai.
Gambaran Lebih Besar: Mengapa Pensijilan Halal Tidak Boleh Dipertikaikan
Pengasas syarikat mempunyai visi yang jelas tentang hala tuju perniagaan mereka. Dengan lebih 60% penduduk Malaysia beragama Islam, dan status halal menjadi syarat utama untuk membekalkan produk kepada hotel, dapur hospital, dan peruncit utama negara, pensijilan halal bukanlah satu pilihan. Ia merupakan pintu gerbang kepada setiap peluang pertumbuhan besar yang mereka lihat, termasuk pengembangan ke Sabah dan Sarawak, serta kerjasama dengan institusi seperti Sunway Medical Centre dan Isetan.
Namun untuk mendapatkan pensijilan halal JAKIM di Malaysia memerlukan pelaburan awal yang besar. Sesebuah perniagaan perlu didaftarkan secara sah, memiliki lesen pihak berkuasa tempatan yang sah, dan beroperasi dari premis yang diperakui serta boleh diperiksa sebelum permohonan boleh dikemukakan. Kakitangan Muslim juga perlu ditempatkan bagi setiap syif kerja.
Bagi Profit Frozen Foodmart, pelan tindakan sudah jelas — tetapi modal untuk melaksanakannya masih belum mencukupi.
Mengapa Mereka Memilih FundingBee
Pengasas syarikat telah cuba mendapatkan pembiayaan daripada bank, namun pembiayaan tradisional bergerak lebih perlahan dan mempunyai syarat yang sering sukar dipenuhi oleh PKS yang masih di peringkat awal. Mereka memerlukan sesuatu yang lebih pantas, lebih mudah, dan direka khusus untuk perniagaan yang berada dalam situasi seperti mereka.
Ketika itulah mereka menemui FundingBee.
Tiga perkara menjadikan FundingBee pilihan utama mereka: rekod prestasi yang boleh dipercayai, akses terus kepada modal yang diperlukan untuk pelaburan pensijilan halal, dan proses permohonan yang mudah tanpa mengganggu operasi harian perniagaan.
Selepas FundingBee: Apa Yang Berubah
Apabila modal kerja berjaya dibebaskan, kitaran perniagaan itu akhirnya dapat bergerak semula.
Aliran tunai menjadi lebih stabil — pengasas syarikat boleh menambah stok tanpa perlu menunggu bayaran pelanggan diterima terlebih dahulu. Mereka mula merancang untuk beralih kepada kemudahan penyimpanan sejuk yang lebih besar dan meningkatkan kapasiti stok.
Dengan sumber kewangan yang kini tersedia ada, mereka juga dapat membuat pelaburan yang diperlukan untuk memperoleh pensijilan halal dan mendapatkan premis yang sesuai.
Yang paling penting, para pengasas menghargai kepantasan dan kesederhanaan proses oleh FundingBee. Bagi sebuah PKS yang perlu mengurus penghantaran, hubungan dengan pembekal, dan operasi harian pada masa yang sama, proses saringan yang pantas dan telus bukan sekadar satu kemudahan. Itulah perbezaan antara bertindak ke atas sesuatu peluang dan terlepas peluang tersebut.
Babak seterusnya
Dengan masalah aliran tunai yang telah diselesaikan, Profit Frozen Foodmart kini berada di landasan yang lebih jelas untuk mencapai matlamat yang suatu ketika dahulu kelihatan sukar dicapai: memperoleh pensijilan halal JAKIM, memperluaskan bekalan ke Malaysia Timur, dan membina kerjasama dengan institusi utama di seluruh negara.
Kisah mereka bukanlah sesuatu yang luar biasa. Di seluruh Malaysia, ribuan PKS mempunyai asas perniagaan yang kukuh — pelanggan yang setia, produk yang berkualiti, dan permintaan pasaran yang nyata — tetapi pertumbuhan mereka terbantut akibat ketidakseimbangan masa antara pembayaran kepada pembekal dan penerimaan bayaran daripada pelanggan.
Jurang itu bukan petanda perniagaan yang gagal.
Ia adalah petanda bahawa perniagaan anda sedang berkembang.
Adakah Perniagaan Anda Berada Dalam Situasi Yang Sama?
Jika anda seorang pemilik PKS di Malaysia yang sedang mengurus jurang antara pembayaran kepada pembekal dan kutipan daripada pelanggan, FundingBee mungkin dapat membantu anda terus bergerak ke hadapan.
Saringan pantas. Proses mudah. Dibina khas untuk PKS.

