Kembali

Wang Bukan Satu Keperluan. Pentingnya Kisah Ini Dikongsikan Bersama

30 March 2026

Bagaimana seorang usahawan AI menggunakan FundingBee bukan kerana terdesak — tetapi sebagai alat pertumbuhan yang disengajaka.

Kebanyakan kisah pembiayaan perniagaan bermula dengan cara yang sama — dengan satu dinding. Krisis aliran tunai, pinjaman bank yang ditolak, panggilan telefon yang membebankan. Kisah Firoze tidak bermula di situ. Ia bermula dengan seorang rakan yang meminta tolong — dan secara senyap menjadi salah satu testimoni paling jujur yang pernah kami dengar.

Membina Hubungan, Bukan Sekadar Perniagaan

Firoze memulakan syarikat pertamanya pada tahun ketiga pengajiannya di universiti — dan tidak pernah menoleh ke belakang. Latar belakang sebagai seorang jurutera mekanikal melalui latihan, beliau membina perisian untuk institusi kewangan, kemudian mengembangkan perniagaan telekomunikasi merentasi lima negara sebelum mengalihkan tumpuannya kepada apa yang paling mengujakannya hari ini: AI dan analitik data.

Pada tahun 2017, beliau mengasaskan Loosely Coupled Technologies. Kerjanya khusus — analitik media sosial, perdagangan sosial, operasi perniagaan berasaskan data. LCT melayani dua dunia yang sangat berbeza: organisasi besar seperti Boston Consulting Group yang memerlukan analisis sentimen awam yang mendalam, dan perniagaan kecil atau mikro yang memerlukan kecerdasan data yang berpatutan dan boleh diambil tindakan.

Kumpulan kedua itulah yang menjadi tumpuan hatinya. 

"Visi kami adalah untuk menyediakan penyelesaian tersebut kepada sektor perniagaan yang lebih kecil — supaya mereka juga boleh menjadi besar."

Misi yang senantiasa menjadi pegangan beliau adalah : "merapatkan jurang digital untuk semua."

"Titik pencetus untuk mencari pembiayaan harus sentiasa menjadi peluang khusus — suntikan tunai yang dijangka menjana lebih banyak wang tunai."

Cabaran yang Dihadapi Oleh Setiap Pemilik PKS Digital

Walaupun telah berjaya, Firoze amat berterus terang tentang halangan yang dihadapi LCT — dan ianya akan kedengaran biasa bagi sesiapa yang membina perniagaan digital diperingkat awal.

Mendapat pelanggan berbayar pertama adalah segalanya. Bukannya membina produk. Bukannya bagi mendapatkan pejabat. Menyakinkan seseorang untuk menyerahkan wang bagi apa yang telah anda hasilkan. Beliau menyifatkan ini sebagai cabaran paling kritikal bagi mana-mana perniagaan baru, dan beliau tidak dapat melupakan betapa sukar untuk mengatasinya. Pengajaran dikongsikan bersama bagi mengendalikan pasaran serentak dengan menjalankan perniagaan adalah satu permainan untuk jangka masa panjang.

Pembelian aliran tunai adalah satu teka-teki yang berterusan. Walaupun hasil pulangan baik, jurang antara memberikan perkhidmatan dan menerima bayaran boleh menimbulkan tekanan operasi yang sebenar.

Penglibatan FundingBee

Perkenalan Firoze dengan FundingBee datang melalui seorang rakan kongsi — Fumiko, yang merupakan antara ahli pasukan terawal platform itu. Beliau meminta Firoze menjadi salah seorang pelanggan ujian pertama FundingBee, terutamanya untuk menilai sejauh mana proses itu berjalan dengan pantas dan lancar.

Beliau bersetuju, lebih kepada budi baik daripada keperluan kewangan. Akan tetapi ada sesuatu yang telah menarik minatnya. Apabila peluang perniagaan sebenar muncul tidak lama kemudian — satu peluang yang memerlukan pelaburan awal untuk memperoleh pulangan yang lebih besar — beliau kembali menjejaki Fundingbee. Bukan disebabkan tiada pilihan lain, tetapi kerana FundingBee telah berjaya memperolehi kepercayaannya.

Falsafah beliau mengenai pembiayaan perniagaan semenjak itu ialah :

"... Elakkan mencari pembiayaan dalam kegelutan. Carilah ia apabila peluang tiba …"

Tiada Lawatan Cawangan. Tiada Kertas Kerja. Tiada Masalah.

Apabila ditanya apa yang paling dihargainya tentang FundingBee, Firoze tidak menyebut jumlah pinjaman. Dia menyebut kelajuan proses.

"Perkara paling penting ialah kelajuan pengeluaran dana,"

Menekankan kini permohonan boleh dilakukan sepenuhnya secara digital dan jarak jauh — tiada keperluan ke cawangan serta tiada urusan kertas kerja secara bersemuka. Bagi beliau yang merupakan seorang pengasas yang jadualnya padat, perbezaan itu bukan perkara remeh. Ia adalah perbezaan antara proses yang memakan masa berjam-jam dan sebenarnya ianya proses yang boleh diselesaikan dalam masa rehat makan tengah hari.

Dia juga menunjukkan sesuatu yang mungkin mengejutkan ramai peminjam tradisional : peranan AI yang semakin berkembang dalam penilaian kredit.

"Saya lebih suka proses yang lancar dari jarak jauh — tanpa perlu urusan campur tangan manusia yang melambatkan urusan."

Suara pendapat beliau amat bermakna daripada pandangan profesional yang membina penyelesaian AI.

Nasihat Firoze untuk Pemilik PKS

Bina sesuatu yang pelanggan akan bayar — pengesahan pasaran mengatasi pengesahan pelabur pada setiap masa. Dapatkan pembiayaan secara proaktif, bukan secara reaktif. Masa adalah penentu peluang pembiayaan, bukan krisis.

Dahulukan dan terimalah kewangan digital — ia dibina berkesesuaian dengan cara anda bekerja, bukan sbagaimana bank membayangkan anda akan melakukannya.

“ Sebagai seorang pemilik perniagaan, mengetahui bahawa saya boleh bergantung kepada FundingBee memberi saya keyakinan. Kepastian dari segi psikologi itu penting — walaupun anda tidak memerlukan dana dengan kadar segera.”

Masa terbaik untuk mengatur pembiayaan adalah sebelum anda memerlukannya. Sertai FundingBee seperti Firoze - Pemilik Perniagaan yang mengembangkan perniagaan beliau. Mulakan Hari Ini!