Kembali

Kewangan Bukan Sekadar Transaksi ー Ia Adalah Perhubungan Perniagaan.

27 August 2025

Bukan kewangan yang membina perniagaan, tetapi hubungan. 

Sering kali, kewangan dilihat sebagai sesuatu yang dingin, kaku, dan bersifat semata-mata transaksi sahaja. Sekadar angka di atas kertas. Permohonan Kewangan yang dicop “LULUS” atau “DITOLAK”. Namun di FundingBee, kami melihat kewangan dengan cara yang berbeza.

Di Malaysia, ramai usahawan kecil berdepan dengan halangan yang hampir mustahil untuk diatasi. Dimana pihak Bank menuntut rekod bertahun-tahun, keperluan penjamin, serta syarat cagaran yang sukar dipenuhi oleh kebanyakan perniagaan mikro. Hanya seorang daripada tiga yang layak. Selebihnya terpaksa bergantung pada rakan, keluarga, atau lebih malang lagi, pemberi pinjaman wang haram (Ah Long) yang mengenakan kadar faedah melampau sehingga mereka dalam ketakutan dengan hutang berpanjangan. Pihak Peminjam dibiarkan dengan kekurangan pilihan, kekurangan peluang, dan risiko yang terlalu besar untuk ditanggung.

Di FundingBee, kami memainkan peranan dimana ianya diasaskan dengan kepercayaan bahawa kewangan bukan sekadar urusan transaksi yang dingin. Ia tentang perkongsian, bimbingan, dan pemerkasaan. Setiap pertemuan bersama pelanggan adalah peluang untuk membina kepercayaan, meningkatkan keupayaan kewangan, dan mewujudkan pertumbuhan yang saling menguntungkan — untuk para usahawan, dan juga untuk kami.

Kerana hakikatnya, kewangan sahaja tidak akan menumbuhkan perniagaan. Yang menumbuhkannya ialah perhubungan, sokongan, dan kepercayaan  antara satu sama lain. Kewangan seharusnya seperti air dan cahaya matahari — menyuburkan benih sehingga pertumbuhan pokok membuahkan  hasil yang lumayan dan mendatangkan  manfaat kepada masyarakat .

Perhubungan Perniagaan demi Gambaran yang Lebih Besar

Syed, Pengarah dan Ketua Pegawai Perniagaan kami, memahami bahawa pinjaman hanyalah langkah pertama. Fokus beliau jauh lebih meluas iaitu : membina ekosistem di mana usahawan bukan sekadar mendapat modal, tetapi juga ilmu, rangkaian dan bimbingan untuk berkembang secara mampan.

Bagi Syed, kejayaan PKS bukan hanya sekadar tentang keuntungan atau kisah individu. Ia tentang keluarga yang lebih kukuh, peluang pekerjaan yang bertambah, komuniti yang lebih sihat — dan akhirnya, menyumbang ke arah memperkasakan Malaysia.

Seperti program mikro kredit yang membantu kumpulan kecil belajar dan maju bersama, Syed melihat FundingBee sebagai sebahagian daripada perubahan besar negara. Malaysia sedang menuju ke arah status negara maju, namun tahap celik kewangan masih boleh dipertingkatkan.

Bagi beliau, FundingBee bukan tempat terakhir bagi perniagaan yang ditolak oleh bank. Ia adalah rakan strategik yang sentiasa menyumbang seiring dengan usahawan dalam perjalanan mereka menuju kejayaan.

Kewangan Sebagai Bimbingan

Yoges, yang mengetuai operasi kewangan kami, berada di barisan hadapan setiap permohonan. Beliau melihat sendiri cabaran yang dihadapi ramai usahawan: penolakkan oleh pihak bank, dokumen tidak lengkap, dan kekurangan kefahaman tentang pengurusan kewangan.

Namun bagi Yoges, setiap Permohonan Kewangan yang  “DITOLAK” adalah titik permulaan suatu perjalanan. Daripada menutup peluang, beliau memilih untuk membimbing pelanggan langkah demi langkah: menjelaskan akan kekurangan, bagaimana cara untuk memperbaiki, dan pada bila masa waktu yang sesuai untuk mencuba semula. Kadangkala, ini bermakna menasihati usahawan supaya kembali pada enam bulan kemudian dengan aliran tunai yang lebih kukuh dan rekod kewangan yang lebih jelas.

Pendekatan beliau ini menjadikan penolakan sebagai sumber ketahanan. Setiap permohonan bukan sekadar tentang kelulusan — tetapi tentang membina kemahiran, keyakinan, dan daya tahan jangka panjang. Falsafah ini berasaskan kepada kesabaran dan keutamaan terhadap pihak umum bukan sahaja membantu seorang usahawan, tetapi turut mengukuhkan ekonomi secara keseluruhan.

Inilah yang membezakan FundingBee. Kewangan bagi kami bukan sekadar memenuhi syarat di atas kertas — tetapi tentang bimbingan, perkembangan, dan membina potensi untuk terus maju.

Ketelusan Sebagai Kekuatan

Dalam industri yang sering dikaitkan dengan stigma negatif, ketelusan menjadikan FundingBee berbeza.

Kami mengehadkan jumlah pinjaman kepada RM50,000 — bukan kerana kami tidak mampu membuat pemberian yang lebih, tetapi kerana kami enggan menjerumuskan pelanggan ke dalam hutang yang mereka tidak mampu tanggung. Matlamat kami bukan untuk membebankan, tetapi untuk memperkasakan.

Masih ramai rakyat Malaysia yang mengaitkan peminjam kewangan dengan ketakutan — “Ah Long” yang menekan dan mengambil kesempatan. FundingBee mengubah persepsi itu sepenuhnya. Berlesen, dikawal selia, dan berpaksikan nilai-nilai kemanusiaan, kami memilih pendekatan yang bertentangan.

Apabila pihak pelanggan menghadapi kesukaran, kami memilih tidak mengugut. Sebaliknya, kami mengambil pendekatan untuk duduk berbincang, mendengar, dan mencari jalan penyelesaian bersama. Dengan mengutamakan penjelasan, empati, dan keadilan, kami memberi keyakinan kepada para usahawan kecil untuk berdiri lebih kukuh di landasan kewangan mereka.

Kerjasama Lebih Utama Daripada Keuntungan

Apabila pandangan suara Syed dan Yoges digabungkan, satu visi yang jelas muncul.

  • Syed mengingatkan kita bahawa kewangan adalah tentang pembinaan ekosistem dan pertumbuhan yang mampan.
  • Yoges menunjukkan bahawa kewangan juga boleh menjadi bimbingan dan kesabaran.

Inilah yang membezakan FundingBee. Kami  enggan menjerat usahawan untuk hutang atau mengecilkan impian mereka pada kadar permohonan samada “LULUS” atau “DITOLAK”. Kami hadir untuk turut serta dan berjalan seiring mereka, membimbing, dan berkembang bersama.

Kerana kewangan tidak seharusnya dijadikan sebagai hukuman.

Ia seharusnya menjadi kemajuan.

Dimana kemajuan akan sentiasa lebih bermakna apabila dikongsi bersama.